InstaCheck

Frequently Asked Questions

Bolehkah saya menolak order?


Ya, anda tidak akan kena 'Break' apabila anda menolak order. Tetapi, ia akan menjejas kadar penerimaan order / "Acceptance Rate" anda. Jadi, sistem pemarkahan dan batch anda juga akan terjejas.




Adakah pemarkahan saya akan terjejas jika saya menolak order?


Pemarkahan anda akan terjejas jika anda terus menolak order, sebab kadar penerimaan order adalah salah satu komponen yang menentukan 'batch' anda. Semakin banyak order yang diterima, semakin tinggi kadar penerimaan order anda.




Adakah saya akan dibayar lebih tinggi jika jarak untuk order tersebut lebih jauh?


Ya, jarak yang lebih jauh, bayaran yang lebih tinggi.




Adakah amaun yang tertera di skrin aplikasi tepat dengan bayaran yang akan saya dapat?


Ya, amaun yang anda nampak di skrin aplikasi anda adalah tepat dengan bayaran yang anda akan dapat untuk order tersebut.




Bagaimanakah bayaran saya dibuat jika penghantaran tersebut lebih daripada satu order / adalah "stacked order"?


Anda akan dapat lihat jumlah bayaran yang meliputi semua aspek order termasuk bayaran jarak untuk penghantaran tersebut.